Saturday 27 December 2014

Vicky n Black




Si Comel Vicky.. huhu

hari tu ayah d ada bawak balik kucing.. comey dan manja sangat.. tapi kucing tuu terlalu agresif.. takut pulak aku.. mulanya aku pun tak suka ngan kucing tuu.. tapi bila dah lama rasa selesa la pulak.. tapi yang bestnya ibu aku adalah orang yang sangat tak suka pada binatang-binatang ni.. so bila ayah d bawak balik mula la bebelannya tuu.. so setiap pagi mesti dapur akan bising dengaq ibu ngan kucing yang dah diberi nama Vicky(padahal betina) gaduh, kadang-kadang letih la jugak telinga nie dengaq,, tp bila dah lama rasa lawak pula haha.. ibu vs Vicky.. ibu yang tak suka kucing.. dan Vicky yang suka bermanja ngan orang yang tidak menyukainya.. haha.. lawak gila.. aku? malas nak masuk campur.. haha.. 

Arwah Black.

yang ni pulak adalah anak kucing yang mai menumpang tidoq rumah aku..aku bagi nama dia Black.. dia ada kembaq. tapi kembaq dia dah mati sebab sakit.. dia pulak sehat.. tapi tak lama mana pun bila suatu hari..

petang tuu dia tidoq.. tiba-tiba anak jiran aku mai. dia ni suka kucing.. bila dia tengok si Black ni tidoq,dia pun angkat.. kononnya nak main laa.. pastu tengah dia syoq2 main dia nampak kat bulu kucing tuu ada semut.lepas tuu tanpa berfikiran panjang,dia terus ambik satu timba air dan diceruknya air tuu kat muka kucing tuu.. mmng lemas laa kan.. dah banyak kali..

aku yang tengah tidoq terbangun sebab dengaq budak2 tuu dok riuh.. tngok2 Black dah nyawa2 ikan... waktu tu aku rasa sedih gila.. terus aku angkat dan letak kat atas meja. tiba2 dia muntah.. then aku pun ambik hair dryer dan mula keringkan bulu dia. next,aku bawak la dia masuk balik dalam sangkar.. pilu hati aku tengok keadaan dia.. kalau lah aku tak tidoq,mesti semua tuu takkan jadi.. 

tak lama lepas tuu dia pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.. adik aku cakap dia mati dalam keadaan mata terbuka. aku memang langsung tak sanggup nak tengok mayat dia.. banyak hari jugak la aku tak lalu nak makan nasi.. sebab teringat wajah dia.. nasib baik adik aku sempat tangkap gambaq dia.. dan tuu lah gambaq dia yang terakhir.. sedihnya.. 

bila Vicky mai aku memang tak boleh terima. sebab aku takut dia jadi macam Black. tapi lama kelamaan aku makin syang pulak.. huhu.. mungkin Vicky datang untuk ganti tempat Black.. huhu.. 


-S-

Wednesday 17 December 2014

Rencah kehidupan

hidup di dunia.. penuh dengan suka dukanya.. bila bahagia datang menerpa,kita rasa seperti kita lah manusia paling beruntung di dunia ni.. tapi bila derita pula yang datang menjengah, kita rasa bosan dan benci untuk teruskan kehidupan.. tapi,,itulah rencah dalam kehidupan.. kalau kehidupan hanya ada bahagia pasti kita tidak akan merasa nikmat hidup di dunia. oleh itu,bersyukurlah dengan segala takdir yang datang kepada kita.. tempuhilah.. maralah.. jangan sesekalil mengalah. huhu..

with love
-S-

(actually,tak tau nak tulis apa.... haha)

Saturday 13 December 2014

Bodyguard-Salman Khan n Karina Kapoor..


cita ni sedih gila. bawu tengok kelmarin ngan kak aku.. kisah seorang perempuan yang menyukai seorang lelaki iaitu bodyguardnya sendiri secara diam-diam. hanya mampu mengungkapkan kata cinta melalui telefon sahaja. tidak berani bersua muka. 

dia sering menelefon bodyguardnya. akhirnya bodyguardnya turut jatuh cinta padanya walaupun tidak tahu rupa wanita itu bagaimana. katanya cinta itu datang dari hati. tetapi wanita itu takut untuk mengaku secara berdepan dengan bodyguardnya kerana takut bodyguard itu meninggalkannya. akhirnya dia hanya mampu mencintainya secara diam. 

tetapi bodyguard itu telah berkhawin dengan wanita lain yang disangkanya wanita yang menelefonnya itu. sedih kan? tetapi wanita itu tetap setia menunggu bodyguardnya. akhirnya mereka hidup bahagia juga.. happy ending.. best gila.. sedih

-S-


Gaduh?

setelah bertahun aku tinggalkan alam twitter.. tak sangka sekarang aku kembali balik. haha.. hemm.. actually kelmarin aku gaduh ngan kawan baik aku sendiri yang dah hampir 4 tahun aku kawan ngan dia. aku pun tak faham kenapa jadi macam tu. tapi nak buat macam mana aku redha. aku cuba nak pulihkan balik hubungan kami ni.. ye laa sapa yang tak sayang kawan.. so aku pun mintak la advise dari orang-orang yang lebih pakar. tapi kebanyakkannya cakap, just let it go.. biarkan waktu yang pulihkannya.. agaknya berjaya tak? esok masuk dua hari aku gaduh.. macam tak sangka. sebab sebelum ni kami tak pernah gaduh. setakat bermasam muka tu ada la.. tapi tak sampainya 3 jam. tapi sekarang.. pegh!! cipta rekod baru.. dua hari kot.. isk3..

       tadi aku cuba la intai intai fb ngan twitter dia. tapi tengok dia macam ok ja. happy ja.. hemm kecewa la jugak.. padahal aku ni sampai setengah mati pikiaqkan persahabtan kami.. hemm.. tak pa la.. ikut je la rentak dia.. kita ikut advice orng-orang yang lebih berpengalaman tuu.. biarkan masa yang tentukan.. ada rezeki kawan balik// tak dak rezeki// hemm.. tak tau la macam mana.

     hermm.. SOMEBODY HELP ME!!


love,
-S-

Monday 1 December 2014

Friendship ^_^

laman sosial nie boleh mengeratkan.. kawan yang jauh boleh di contact.. pastu boleh dapat ramai kawan dari seluruh negara. tapi kadang-kadang laman sosial ni boleh merenggangkan jugak hubungan yang dah lama terjalin. suami isteri boleh gaduh.. hubungan antara kawan rapat pun boleh jadi renggang.. macam apa yang aku rasa sekarang nie.

      aku ada 4 orang sahabat baik. kami berkawan dari tingakatan 1 sampailah sekarang. tapi sejak aku berpindah ke sekolah baru,aku rasa kelainan sikit ngan  kawan-kawan aku nie.. entahla. aku rasa jauh sangat. setiap kali kami jumpa,depa selalu habiskan masa ngan fb laa.. we chat laa.. aku rasa macam.. entahlaa.

     so aku rasa benci sangat.. makin lama aku rasa makin jauh... banyak rahsia yang depa sembunyikan dari aku.. padahal dulu semua benda kami kongsikan bersama. tak dak satu pun yang aku tak tau. pokoknya semua rahsia depa ada dalam genggaman aku. tapi sekarang..

    memang depa still jumpa aku. mai rumah aku.. smbang ngan aku.. tak pernah lupa aku.. tapi dah tak macam dulu.. dulu lain.. sekarang lain.. hemm..muingkin depa tak sedar yang depa makin jauh ngan aku..aku faham.. lagi pun, maklumlah dunia makin maju. mungkin salah aku jugak kot. kurang layan depa kaa.. sapa yang tahu kan? lagipun aku tak dak henset dok kat asrama pulak.. so wechat bagai ni aku tak aktif laa.. budak-budak laa kan aktif ngan benda alah tuu.. hemm.. tak pa.. takpa.. tunggu tahun depan.. haha.. bila aku ada henset.. siap korang.. haha

    so misi aku untuk cuti kali ni,aku nak eratkan balik hubungan aku ngan sahabat-sahabat baik aku. sebab aku sayang sangat kat depa smua.. aku dah anggap depa macam adik beradik aku sendiri. so,aku tak suka bila tengok kami makin renggang. aku akan jernihkan balik hubungan persahatan kami.. kembali macam dulu.. iyaahh.. aja aja fighting!! hahaks..

        "Fiendship is a ship that will never sank" right?

with love
-S-

Friday 28 November 2014

Date

          Petang tadi gi stadium ngan kawan baik aku,Dayah.. huhu. best gila.. haha.. sudah la pergi dihantar oleh abang gue.. sampai ja sana kami tak tau nak buat apa. masing-masing pakat buntu.. tak tau nak pergi mana dulu. akhirnya kami hanya berjalan-jalan tanpa tujuan. aku pulak dah la pokai. memang p tangan ksong betul.. haha.. lg pun kalau bawak duit banyak pun bukannya aku tau nak beli apa. sebab aku ni bukannya kaki shopping. so just bawak duit cukup-cukup untuk makan je. haha..

         jalan punya jalan punya jalan. akhirnya kami terjumpa satu artis ni. ala yang masuk BMB tu.. kumpulan Tapaw.. apa entah nama dia. ee.. jealous jugak bila tengok depa dok tangkap gambaq ngan dia. 'Aku pun nak jugak'.. haha..

          lepas tu kami ronda-ronda sepanjang karnival.. masuk booth tu.. keluar booth ni. semua tempat kami singgah.. lepas tu kami pun gi surau untuk solat. masuk-masuk ja.. pack ngan orang.. ramai gila. lagipun surau kan stadium tu bukannya besar mana pun. hemm.. lepaih dh selesai tuu rasa lega gila. baru la boleh bernafas,, haha..

          then kami teruskan perjalanan kami meneroka seluruh karnival tu buat kali kedua. pastu sampai la kat gerai jualan novel-novel. kami pun apa lagi. memang tempat favourite. aku pun teruih la cari novel Ramlee Awang Murshid aku.. tapi tak dak. hampa gila.. ada novel cintan cintun ja. kawan aku yang Dayah tu memang suka novel jiwang-jiwang ni. so dia pun terus borong sampai dua sekaligus.. memang kaki membazir betul budak ni.. haha..

           lepaih tu kami teruskan lagi perjalanan kami.. tiba-tiba hujan turun.. habih basah..

                  "Shida! jom lari cari tempat berteduh" Dayah jerit..
                   Aku?? "Lex arr.. bukannya selalu boleh main hujan.. kalau dok kat rumah confirm kena marah ngan ibu. sini ja la kita boleh mandi hujan pun.."

so dayah pun kena join aku mandi hujan.. bukankah mandi hujan tu syoq?? ala-ala hindustan gituu.. haha.. lepaih dan basah kena hujan,,kami pun masuk la berteduh dalam satu booth ni. booth hijab stailista.. aduh.. nie yang aku lemah nie. aku bukannya suka sangat tengok orang buat belit-belit tudung bagai ni. kalau aku pakai selendang pun,aku just belit seringkas mungkin.. malas nak belit sana,belit sini.. haihh.. penat aku nak tengok..

       so aku pun apa lagi,on facebook la.. dari aku boring dok tengok depa belit tudung,,baik aku layan fb.. betul tak?? bila hujan dah reda sikit,kami pun keluar balik.. pastu tengah dok pusing sana pusing sini,kawan baik aku merangkap dormmate aku dulu kat Sekolah Teknik Alor Setar hantar mesej.. dia kata dia dok kat stadium tuu jugak.. dok jaga kedai maggie.. aku pun apa lagi.. teruih gerak p kat dia. laa.. kesian Dayah.. ikut ja langkah kaki aku ni.

        jumpa-jumpa ja aku rasa bahagia gila. almaklumlah dah lama sangat tak jumpa.. rindu gila.. kami pun janji nak keluaq... then,aku tengok dayah.. muka masam gila. budak nie bukannya cepat mesra ngan orang. so aku pun terpaksa lah minta diri,walaupun dalam hati aku,rasa cam nak borak-borak lagi lama.. tapi dah tak dak rezeki kan.. hemm..

       jalan lagi.. jalan lagi... then kami pun balik.. lagi sekali aku rempit ngan abang aku,,, haha,, best gila,,, tuu laa kenangan aku buat hari ni ngan sahabat baik aku,Dayah.. dan pertemuan aku dengan ex-dormmate aku.. satu pertemuan yang tak dijangka.. dah lama aku doa supaya dapat jumpa dia. akhirnya termakbul jugak.. huhu~~

Love
-S-

Monday 24 November 2014

Cinta

cinta.. orang cakap indah..
cinta.. orang cakap manis..

tapi apa yang aku nampak sebaliknya..
bagi aku orang yang bercinta nie pelik..

tadi cakap rindu..bila gaduh jadi lupa
tadi cakap sayang..bila gaduh jadi benci
tadi cakap cinta..bila gaduh jadi maki..

pelik.. memang pelik..

bukankah cinta itu menerima orang yang dicintai seadanya..
kesedihannya..kesedihan kita..
kesakitannya..kesakitan kita..
dan kekecewaannya..kekecewaan kita..

jadi kenapa perlu..
kita membuatkan dia sedih???
kenpa perlu kita buat dia sakit??
dan kenapa perlu kita buat dia kecewa??

aku langsung x faham..
mungkin aku masih muda untuk mengenal apa itu erti cinta yang sebenarnya...
yaa.. mungkin..

-S-

Penat..

fuh! dari kelmarin smpai ke hari ni aku sibuk je memanjang. mana taknya first time rumah aku buat kenduri.. haha.. ibu aku nampaknya exited sekali.. aku pun apa kurangnya.. terkejar sana terkejar sini.. sibuk uruskan benda tuu.. bersihkan benda ni. dari pagi tadi nama aku kena panggil je memanjang..

     "Acik,tolong ambik pinggan!"
      "Acik tolong lap meja!"
       "Acik tolong angkat cawan!"

haish.. x menang tangan aku.. haha.. tuu x cmpur ngan sanak saudara aku lagi..

       "Shida..tolong potong puding ni!"
       "Shida.. tolong ambik pisau!"
       "Shida.. ambik tuu!!"
        "Shida ambik ni!"

fuh! memang penat betul.. memang popular betul aku nie. tawuu la nama aku sedap pun.. haha.. adik aku pulak senang lenang je tidur,,tunggu duit masuk.. maklumlah orang sakit la katakan.. eeee.. jealous betul aku tengok.. nie laa nasib jadi seorang kakak.. kena buat kerja.. haha..

      tapi,,hari nie rasa best sangat!! sebabnya ramai betul kawan-kawan dari sekolah lama aku datang.. geng aku,zati,jah,teah ngan dayah pun datang.. aku rasa best gila sebab depa langsung x lupa aku walaupun kami dah berlainan sekolah.. dari pukul 2 sampai laa pukul 6 aku lepak ngan geng-geng aku.. haha.. lama gila.. terlerai segala rindu aku selama nie. bukan senang nak jumpa sahabat.. sekali jumpa x kan aku nak lepaskan kan?? huhu.. aku beruntung sebab aku dapat kenal depa semua.. setiap kali aku balik cuti mesti depa akan datang jenguk aku.. huhuhu.. sayang depa smua.. sangat-sangat.. haha..

      macam-macam topik kami bincangkan.. dari sekolah sampai laa kepada masa depan.. haha.. mengarut jaa.. kalau dok ngan depa semua memang mulut aku x boleh langsung nak berenti.. pot pet pot pet jaa.. haha.. aku harap lepas nie hubungan kami akan lenih akrab lagi.. amin..

       tengah syoq-syoq aku pot pet ngan geng aku tiba-tiba datang lah dua orang makhluk ALLAH nie.. chermeen ngan mustang... aku x taw laa kenapa tiba-tiba depa dua orang nie boleh muncul kat rumah aku.. seingat aku,aku langsung x jemput kawan-kawan lelaki datang rumah.. hemm.. musykil musykil

       "Awat hmpa mai??", spontan ayat tuu yang keluar dari mulut aku.. eee.. kejam tol mulut aku nie.. chermeen ngan mustang pun apa lagi terus angkat kaki,blah laa.. isk3.. aku pun mula laa rasa bersalah.. terpaksala aku p jemput depa pulak..

      "wei.. mai la makan dulu.. alang-alang dah sampai"
      "tak mau laa,, hng x jemput pun"

aduh! dia buat muka kesian pulak.. mula laa aku rasa kejam gila..

     "sori la.. tadi aku main-main ja. mai la makan."

nasib baik la depa nak mai makan jugak.. kalau x jenuh aku nak bersoal jawab ngan ibu aku nie.. aku bukannya apa.. aku x biasa bawak laki mai rumah.. bila depa mai aku mula laa rasa kekok.. maaf la ye chermeen n mustang.. ahakss..

hemmm,...

-S-

Friday 21 November 2014

tak patut

tadi,,aku ajak laa adik ngn kakak aku main jutaria.. punya la exited nak main ngan depa.. tut tut aku bankrap.. baru setengah jam ja main aku dh bankrap.. OMG.. x sangka.. haha.. aku memang dah ditakdirkan untuk bankrap.. kalau kalah ngan kakak aku,,aku x laa heran sangat.. nie masalahnya aku kalah ngan adik aku yang beru berusia 8 tahun.. isk3.. x patut betul... haha.. tak pa.. satgi kita main lain.. kita cuba nasib sekali lagi.. kalau kalah jugak tak tau la nak kata pa.. haha

-S-

RAMD

hermm.. akhirnya dok kat rumah jugak.. bahagianya.. bye2 asrama... bye2 sekolah.. jumpa lagi tahun hadapan.. untuk tahun ni aku nak habiskan sepenuh masa aku dengan berehat dan menghilangkan tension setelah hampir setahun belajar.. hemm.. dua hri lepas aku baru balik dari kem RAMD.. perghh!! penat gila.. tapi best.. haha..

        first day sampai,,kami kena berkumpul kat dewan.. ketaq jugak bila tengok muka-muka askar tuu yang garang.. x senyum langsung.. lepas dengaq taklimat apa semua,,kami kena beratur untuk masuk ke dalam dorm.. lepas tuu kami kena berkumpul balik dekat bawah n kami mula dibahagikan kepada 3 kumpulan.. aku masuk kedalam kumpulan 2.. then,kami dibawa mengelilingi kawasan RAMD itu...
       
         hampir setengah jam jugak kami dikerah berkawad,,akhirnya kami sampai di dewan makan.. lepas dah letih berkawad,bawa gi makan pulak.. memang cantik arr.. so apa lagi.. melantak laa.. tengok lauk pulak..  nyum2.. ayam masak kicap dohh.. perghh.. makin terbuka selera makan aku.. sapa kata masakan kat kem tentera x sedap?? pokoknya aku sampai menjilat jari.. ahakss.. lepas dah kenyang kami pun gi surau untuk solat asar.. lepas dh solat kami kena msuk dorm untuk bersihkan diri dan turun semula untuk solat maghrib dan isyak..

          lepas solat kami pun kena gi dewan makan untuk makan malam.. perghh!! sedapnya.. tapi sayang.. air panas.. hermm.,. redha je laa.. telan je apa yang ada.. kalau perut dah lapar apa pun nampak sedap.. tengah syoq-syoq makan,ada seorang tentera tuu jerkah kitorang.. dia kata kami makan lambat.. pastu dia bagi masa 5 minit je untuk perhabis.. OMG!!! aku pun apa lagi.. telan je smua.. haha.. lepas dah kenyang,kami kena stay kat dewan makan untuk slot 1 malam nie.. iaitu macam mana nak berjaya?? disampaikan oleh Dr.Shuib.. pergh!! best siot dengaq dia cakap.. lawak gila.. hahaha..

          hampir jam 12 malam,ceramah pun tamat.. then kami kena beratur mengikut group bertiga-tiga di luar dewan makan untuk sedikit taklimat dari pihak tentera untuk aktiviti esok hari.. memandangkan esok kami ada aktiviti 100% bersama tentera,.. tak sabar-sabarnya.. lepas dah selesai semuanya kami pundapat naik ke bilik untuk tidur..

SECOND DAY

            tepat jam 7 pagi kami berkumpul di court.. lepas smuanya ada kami berpecah kepada 3 kumpulan.. kumpulan aku yang telah diberi nama KIA KAHA yang bermaksud FOREVER STRONG dijaga oleh Encik Ropi.. kami kena berkawad sambil berlari-lari anak ke padang latihan.. letihnya.. sampai ja kami kena buat ayunan mnggunakan tali merentasi lopak.. yang ala-ala tarzan tuu laa.. lepas tuu kami kena buat monkey bar.. ramai gila yang x berjaya dah basah sebab jatuh kat dalam lopak air.. tapi aku kering je.. hahaha.. then kami bergerak ke tasik untuk buat aktiviti air.. huh! sia-sia ja kering.. akhirnya basah jugak..

             mula-mula aku tunggu jaket keselamatan.. tapi aku ditegur sebab pakai x betoi.. haha.. so tentera tuu la yang tolong pakaikan untuk aku.. sweet tak?? haha.. tapi dia tarik ketat gila... sakit badan aku.. lepas dah selesai aku pun turun ke dalam tasik sambil pegang tali yang dah disediakan.. aku baring dan cuba mengimbangkan badan aku..

              "Shida! Shida! Shida!"

riuh jaa aku dengaq sorakan dari kawan-kawan aku.. haha.. mula-mula tuu aku boleh buat dengan jayanya tapi sampai laa kat tengah tasik.. aku dah mula rasa x stabil.. mana taknya ada seorang tentera tuu dok tarik tali yang aku pegang.. dah laa tali tuu diikat kat badan aku sekali.. pasti direndamnya aku masuk dalam tasik.. eishh.. panas betul hati aku..

             "minum air tasik x lagi??",tanya tentera tuu padaku..
             "belum",jawabku dengan naifnya sambil terbatuk-batuk.
              "0oo.. x minum lagi?? jap aih.. "

terus direndamnya aku dalam tasik tuu..rendam lagi.. rendam lagi rendam lagi..

                "minum tak lagi??",tanyanya sekali lagi..
                "minum dah..",jawabku sambil mengangguk-angguk kan kepala..

tapi direndamnya lagi aku dalam air.. eishh.. kejam gila.. aku pun apa lagi memang naik suara terus laa.. marah tentera tuu.. boleh dia gelak jaa kat aku.. memang kejam.. lepas hampir 15 minit jugak aku dikacau oleh tentera-tentera yang kejam tuu akhirnya aku sampai jugak kat tebing.. pastu aku dibawa naik ke atas bot dan mengelilingi tasik tuu.. pergh!! bestnya!!

          lepas selesai aktiviti tuu kami boleh masuk dorm untuk mandi dan solat.. lepas tuu kami dapat makan.. selesai makan kami kena bergerak semula ke padang latihan untuk latihan 'bunuh diri'.. haha.. lepas penat berenang,,perut pun dah kenyang,, sekarang masanya untuk terbang..jom!!

         sekali lagi tentera jugak yang pakai kan aku baju keselamatan.. lepas dah selesai aku kena daki tangga ke tingkat 3 untuk melakukan terjunan.. i'm coming.. teruja pun ada.. takut pun ada.. mana taknya tentera yang uruskan latihan ini iaitu 'Pak Tam' garang gilaa.. asyik jerkah orang jaa.. sampai turn aku dia ikatkan tali kat badan aku.. then dia suruh aku baringkan badan ke bawah dalam keadaan lurus.. then aku pun lapaorkan diri untuk turun..
     
        "Saya Nur Shahida binti Rusli meminta kebenaran untuk turun tuan"

            pastu dia suruh bengkokkan kaki pulak untuk melakukan terjunan.. entah macam mana entah aku terlepas tali yang merupakan brek tangan kat belakang pinggang aku.. pastu dijerkahnya aku..

             "kan aku dah cakap tali untuk brek tuu letak kat belakang pinggang!! kau dah lupa pinggang kau kat mana!!! hah??!! kau dah lupa??!!! terjun!!"

aku pun apa lagi terus terjun laa.. nasib baik aku boleh buat dengan baik.. kalau tak mampus kena jerkah lagi.. haha.. bila ingat balik lawak laa pulak..tapi seriousluy terjun bangunan memang syoq.. patutlaa ramai yang bunuh diri.. hahahahahaha..

              lepas dah selesai tibalaa aktiviti malam pulak.. mula-mula kami adakan ice breaking antara kumpulan... pastu kami kena berkumpul untuk bergerak ke hutan untuk mengadakan aktiviti "Burung Hantu".. seorang demi seorang akan dilepaskan ke dalam hutan.. tapi aku ngan geng-geng aku pakat untuk tunggu.. so kami dapat laa jalan ramai-ramai.. tak laa takut sangat.. kami jalan dalam 5 orang macam tuu laa.. aku jalan depan sekali.. sebab yang lain semua takut nak jalan depan.. so aku pun apa lagi mula laa langkah dengan gagahnya.. ewahh..

             mula-mula tuu x dak apa-apa lagi.. but tiba-tiba.. hihihihi~~~ dengar suara pompuan teriak.. pastu aku nampak satu makhluk serba putih,bongkok sambil pegang tongkat.. aku pun jalan.. makin dekat.. makin dekat.. tiba-tiba dia datang sebelah aku..

             "Assalamualaikum cu.. cu~~~ boleh tolong nenek cuuu~~~??"

suara dia.. perghh!!! tahap mendayu arr.. memang aku solute betul kat abang-abang tentera nie.. pandai gila berlakon.. aku pun jalan buat tak taw je laa.. tiba-tiba kawan aku lari.. pastu 'nenek tadi' pun lari jugak ligan kami.. gila betul.. pastu jalan lagi.. tiba-tiba kain putih pulak baling betul-betul kat muka aku.. yang lawaknya bukan aku yang terkejut.. kawan-kawan aku yang terkejut.. pastu tiba-tiba keluar dua orang makhluk dari semak tuu..

             "woii!! awat hmpa jalan rmai-rmai nie? hmpa tunggu kawan aih?? pecah! pecah! jalan sorang-sorang"

rupa-rupanya abang tentera tuu.. hahaha.. lawak gila.. kantoii la depa dok dekat ngan kami jaa..pastu aku pun jlan sorang-sorang.. agak-agak depan sikit aku pun berhenti tunggu kawan-kawan aku yang lain.. lepas semuanya berkumpul kmi pun jalan.. sepanjang jalan tuu macam-macam kena kacau.. kena ligan ngan pocong laa.. ada kain putih tergantung laa.. dan macam-macam lagi laa.. lepas tuu kami pun selamat sampai.. aku pun apa lagi terus tidoq ataih tanah.. ngantuk sangat.. waktu tuu dh nak dekat pukui 2 dah..

            lepas tuu dalam sejam lepaih tuu aktiviti untuk malam tuu pun tamat.. aku pun bangun la untuk beratur.. tiba-tiba aku dengar suara orang dok panggil nama aku. aku pun pi laa.. tengok-tengok kawan aku,Atiq sakit.. kaki dia terseliuh sebab lari dalam hutan tadi gara-gara takut ngan 'nenek kbayan' tadi.. aku ngan Athir pun kena teman dia gi hospital... rupa-rupanya kaki dia patah.. kesian kat dia.. moga-moga cepat sembuh ya.. lepas dah hantaq dia gi hospital kami pun balik ke kem smula..sampai ja kat kem azan subuh dan berkumandang..

      "alamak!!! masa tidoq aku.. hemm.. x pala.. redha je la.. untuk sahabat apa pun boleh.. haha"

THIRD DAY

lepas dah mandi apa smua aku pun turun.. then kami bersarapan.. lepas dah kenyang apa smua kami pun berkumpul kat dewan makan untuk ceramah ADD MATH.. tapi aku x boleh langsung tumpukan perhatian.. sebab ngantuk gila.. so sepanjang ceramah tuu aku isikan dengan mimpi saja.. hahaha.. lepas selesai kami pun berkumpul di dewan untuk perpisahan.. sedihnya.. bye-bye tentera sekalian.. kami pun balik ke asrama.. yang bestnya kami balik dengan menaiki trak.. perghh,, aku tengok muka abang-abang tentera tuu pun sedih.. haha.. poyo gila arr ayat.. haha.. tuu je laa pengalaman aku kat kem tentera.. bestnya,... i can't forget it..


with love
-S-



Wednesday 12 November 2014

takut

hari nie aku tertengok gambar dia ngan kawan-kawan.. entah kenapa aku mula berasa,, entahlaa.. aku x mampu nak gambarkan.. tapi,, perasaan tuu seperti..rindu.. rindu nak sembang ngan dia.. rindu nak tengok wajah dia.. rindu nak berada di satu kelas ngan dia.. satu sekolah ngan dia.. hampir setahun aku x melihat wajah dia.. hampir setahun aku berpisah dengan dia. walaupun kami bersekolah di daerah yang sama.. tapi,,aku berasa jauh.. adakah dia sudah melupakan aku??? aku takut untuk memikirkannya.. takut untuk terima hakikat andai satu hari nanti kami bertemu dan dia cuma palingkan wajahnya dariku.. aku takut.. aku takut dia xkn senyum padaku lagi.. aku takut dia akan anggap aku sebagai stranger.. aku takut untuk menerimanya.. setiap hari aku berdoa moga dia xkan lupakan aku.. xkan lupa yang aku pernah menjadi kawannya.. lupa yang aku pernah menjadi insan penting dalam hidupnya.. aku x boleh terima hakikat yang dia akan melupakan aku.. aku takut.. tolong doakan aku moga semua tuu x kan berlaku.. amin..

-S-

Tuesday 11 November 2014

kehidupan aku

dah hampir seminggu aku x hadirkan diri ke sekolah.. ahakss.. almaklumlah kalau p sekolah pun bukannya ada kerja nak buat.. dah akhir tahun. dormates aku dah mula bising suruh aku balik.. haha.. kata boring la.. nak buat aktiviti la.. macam-macam la.. aku x heran pun.. asalkan boleh dok kat rumah.. tapi esok aku kena balik jugak.. sebab malam nanti kami nak buat malam hantu. aku yang anjurkan aktiviti tu.. takkan aku x nak pergi kot.. hemm.. terpaksalah..  lagipun aku dah rindu ngan dorm aku.. ngan loker aku.. so it's time to me to go back.. mesti aku kena berleter nanti. haha.. terpaksalah aku tadahkan telinga.. hemm.. perempuan.. kalau x membebel x sah. redha je laa.. kawan-kawan aku- pilo,echo ngn shudo dok buat hal pulak.. nak balik sebab x maw ikut p kem tentera. haish macam2 budak2 nie. sebab tuu dormates aku, Lilo suruh aku balik awal.. suruh aku ceramah depa semua nie.. haishh.. aku jugak yang jadi mangsa,, nanti aku blik aku ceramah laa.. tp buat masa sekarang aku nak enjoy lu kat rumah.. hahakss.. mesti Lilo tengah angin gila ngan aku.. haha.. sorri ye Lilo.. haha,, esok aku datang.. haha..

kat rumah pulak,abang aku dah dapat kerja.. Alhamdulillah.. tp aku sedih jugak.. sebab nanti aku x boleh la blik asrama naik moto ngan abang aku.. terpaksalah aku balik ngan ayah D.. huhu.. sedih gila :'(.. aku nak abang aku hantar.. tapi nak buat macam mana.. uwa uwa uwa!!!

-S-

Sunday 26 October 2014

Kenangan Romantik

dear blogger,
today aku rasa happy sangat.. sebabnya.....

tadi waktu aku nak balik asrama,abang aku tolong hantarkan... dalam pukul 6 aku bertolak dari rumah... and abang aku bawak aku jalan-jalan. aku rasa best sangat sebab boleh luangkan masa ngan abangku.. tambah tambah lagi abang aku hantar dengan motosikal.. bila angin bertiup rasa... Oh My God.. this is very amazing.. dengan pemandangan yang sangat cantik.. aku rasa.. tolonglah lambat lagi sampai asrama.. dan doa aku termakbul.. waktu dalam perjalanan tuu abang aku tanya

              "betul ke jalan ni? macam pelik ja.."
              "mana orang tau.. hang yang bawak"
              "sepatutnya kita sampai dah.. tp kenapa nampak makin jauh ja"
 dan Alhamdulillah.. kami sesat jalan!!!!! bestnya.. aku boleh luangkan lebih banyak masa ngan abang dan adik lelaki aku.. uwaaa.. rasa macam nak jerit satu dunia.. hahahaha.. kadang-kadang sesat tuu menakutkan.. tapi kadang-kadang juga sesat tuu menyeronokkan.. macam aku laa.. hahaha.. abang aku ada cakap waktu kami nak patah balik(ikut jalan betul)

              "nasib baik sedar awai. kalau x jenuh nak patah balik"
               "tuu arr noh.. kalau x makin lambat laa orang sampai asrama" <----- lakonan semata-mata..
padahal dalam hati.. 'kenapa laa abang sedar awai?? kalau dia sedar lambat kan syoq.. lagi lambat laa aku nak sampai asrama.. boleh aku naik moto ngan abang aku dengan lebih lama.. huk3'..
hahahaha.. tuu laa aku.. suka tapi malu nak tunjuk.. ahaks..
abang aku pulak senyum ja melayan aku..bestnya..

dalam perjalanan nak p sekolah aku tuu waktu dah senja..
            "acik tengok tuu.. cantiknya",tunding adikku,Danial ke arah langit..
aku pun toleh.. perhhh.. burung banyak gila terbang balik ke sarangnya.. cantik gila arr,, hahaha.. untung aku balik lambat hari nie.. sampai asrama,dah azan maghrib.. terpaksa lah abang aku solat kat surau nampaknya.. haha.. kesian.. tp thanks abang untuk kenangan hari ni.. acik suka sangat.. hahaha..

with love,
-S-

Saturday 25 October 2014

hi blog

Dear blogger,,
for the second time,aku cuba untuk bergiat dalam blog.. but aku x tahu nak mula macam mana and nak buat apa.. almaklumlah budak baru.. hehe.. but bila tengok kawan-kawan ada blog aku rasa tertarik dan cuba untuk menjinakkan diri.. aku x nak nanti bila orang tanya..

               "ada blog?'
               "x de.."
                "OMG!!"
ergh.. aku x nak jadi macam ni.. so dari kena gelak baik aku mula dari sekarang.. but,macam mana agaknya nak buat blog kita nie x boring and boleh buatkan orang mengantuk bila baca??
hmmm.. i don't know.. ahaks..

-S-