Friday 21 November 2014

RAMD

hermm.. akhirnya dok kat rumah jugak.. bahagianya.. bye2 asrama... bye2 sekolah.. jumpa lagi tahun hadapan.. untuk tahun ni aku nak habiskan sepenuh masa aku dengan berehat dan menghilangkan tension setelah hampir setahun belajar.. hemm.. dua hri lepas aku baru balik dari kem RAMD.. perghh!! penat gila.. tapi best.. haha..

        first day sampai,,kami kena berkumpul kat dewan.. ketaq jugak bila tengok muka-muka askar tuu yang garang.. x senyum langsung.. lepas dengaq taklimat apa semua,,kami kena beratur untuk masuk ke dalam dorm.. lepas tuu kami kena berkumpul balik dekat bawah n kami mula dibahagikan kepada 3 kumpulan.. aku masuk kedalam kumpulan 2.. then,kami dibawa mengelilingi kawasan RAMD itu...
       
         hampir setengah jam jugak kami dikerah berkawad,,akhirnya kami sampai di dewan makan.. lepas dah letih berkawad,bawa gi makan pulak.. memang cantik arr.. so apa lagi.. melantak laa.. tengok lauk pulak..  nyum2.. ayam masak kicap dohh.. perghh.. makin terbuka selera makan aku.. sapa kata masakan kat kem tentera x sedap?? pokoknya aku sampai menjilat jari.. ahakss.. lepas dah kenyang kami pun gi surau untuk solat asar.. lepas dh solat kami kena msuk dorm untuk bersihkan diri dan turun semula untuk solat maghrib dan isyak..

          lepas solat kami pun kena gi dewan makan untuk makan malam.. perghh!! sedapnya.. tapi sayang.. air panas.. hermm.,. redha je laa.. telan je apa yang ada.. kalau perut dah lapar apa pun nampak sedap.. tengah syoq-syoq makan,ada seorang tentera tuu jerkah kitorang.. dia kata kami makan lambat.. pastu dia bagi masa 5 minit je untuk perhabis.. OMG!!! aku pun apa lagi.. telan je smua.. haha.. lepas dah kenyang,kami kena stay kat dewan makan untuk slot 1 malam nie.. iaitu macam mana nak berjaya?? disampaikan oleh Dr.Shuib.. pergh!! best siot dengaq dia cakap.. lawak gila.. hahaha..

          hampir jam 12 malam,ceramah pun tamat.. then kami kena beratur mengikut group bertiga-tiga di luar dewan makan untuk sedikit taklimat dari pihak tentera untuk aktiviti esok hari.. memandangkan esok kami ada aktiviti 100% bersama tentera,.. tak sabar-sabarnya.. lepas dah selesai semuanya kami pundapat naik ke bilik untuk tidur..

SECOND DAY

            tepat jam 7 pagi kami berkumpul di court.. lepas smuanya ada kami berpecah kepada 3 kumpulan.. kumpulan aku yang telah diberi nama KIA KAHA yang bermaksud FOREVER STRONG dijaga oleh Encik Ropi.. kami kena berkawad sambil berlari-lari anak ke padang latihan.. letihnya.. sampai ja kami kena buat ayunan mnggunakan tali merentasi lopak.. yang ala-ala tarzan tuu laa.. lepas tuu kami kena buat monkey bar.. ramai gila yang x berjaya dah basah sebab jatuh kat dalam lopak air.. tapi aku kering je.. hahaha.. then kami bergerak ke tasik untuk buat aktiviti air.. huh! sia-sia ja kering.. akhirnya basah jugak..

             mula-mula aku tunggu jaket keselamatan.. tapi aku ditegur sebab pakai x betoi.. haha.. so tentera tuu la yang tolong pakaikan untuk aku.. sweet tak?? haha.. tapi dia tarik ketat gila... sakit badan aku.. lepas dah selesai aku pun turun ke dalam tasik sambil pegang tali yang dah disediakan.. aku baring dan cuba mengimbangkan badan aku..

              "Shida! Shida! Shida!"

riuh jaa aku dengaq sorakan dari kawan-kawan aku.. haha.. mula-mula tuu aku boleh buat dengan jayanya tapi sampai laa kat tengah tasik.. aku dah mula rasa x stabil.. mana taknya ada seorang tentera tuu dok tarik tali yang aku pegang.. dah laa tali tuu diikat kat badan aku sekali.. pasti direndamnya aku masuk dalam tasik.. eishh.. panas betul hati aku..

             "minum air tasik x lagi??",tanya tentera tuu padaku..
             "belum",jawabku dengan naifnya sambil terbatuk-batuk.
              "0oo.. x minum lagi?? jap aih.. "

terus direndamnya aku dalam tasik tuu..rendam lagi.. rendam lagi rendam lagi..

                "minum tak lagi??",tanyanya sekali lagi..
                "minum dah..",jawabku sambil mengangguk-angguk kan kepala..

tapi direndamnya lagi aku dalam air.. eishh.. kejam gila.. aku pun apa lagi memang naik suara terus laa.. marah tentera tuu.. boleh dia gelak jaa kat aku.. memang kejam.. lepas hampir 15 minit jugak aku dikacau oleh tentera-tentera yang kejam tuu akhirnya aku sampai jugak kat tebing.. pastu aku dibawa naik ke atas bot dan mengelilingi tasik tuu.. pergh!! bestnya!!

          lepas selesai aktiviti tuu kami boleh masuk dorm untuk mandi dan solat.. lepas tuu kami dapat makan.. selesai makan kami kena bergerak semula ke padang latihan untuk latihan 'bunuh diri'.. haha.. lepas penat berenang,,perut pun dah kenyang,, sekarang masanya untuk terbang..jom!!

         sekali lagi tentera jugak yang pakai kan aku baju keselamatan.. lepas dah selesai aku kena daki tangga ke tingkat 3 untuk melakukan terjunan.. i'm coming.. teruja pun ada.. takut pun ada.. mana taknya tentera yang uruskan latihan ini iaitu 'Pak Tam' garang gilaa.. asyik jerkah orang jaa.. sampai turn aku dia ikatkan tali kat badan aku.. then dia suruh aku baringkan badan ke bawah dalam keadaan lurus.. then aku pun lapaorkan diri untuk turun..
     
        "Saya Nur Shahida binti Rusli meminta kebenaran untuk turun tuan"

            pastu dia suruh bengkokkan kaki pulak untuk melakukan terjunan.. entah macam mana entah aku terlepas tali yang merupakan brek tangan kat belakang pinggang aku.. pastu dijerkahnya aku..

             "kan aku dah cakap tali untuk brek tuu letak kat belakang pinggang!! kau dah lupa pinggang kau kat mana!!! hah??!! kau dah lupa??!!! terjun!!"

aku pun apa lagi terus terjun laa.. nasib baik aku boleh buat dengan baik.. kalau tak mampus kena jerkah lagi.. haha.. bila ingat balik lawak laa pulak..tapi seriousluy terjun bangunan memang syoq.. patutlaa ramai yang bunuh diri.. hahahahahaha..

              lepas dah selesai tibalaa aktiviti malam pulak.. mula-mula kami adakan ice breaking antara kumpulan... pastu kami kena berkumpul untuk bergerak ke hutan untuk mengadakan aktiviti "Burung Hantu".. seorang demi seorang akan dilepaskan ke dalam hutan.. tapi aku ngan geng-geng aku pakat untuk tunggu.. so kami dapat laa jalan ramai-ramai.. tak laa takut sangat.. kami jalan dalam 5 orang macam tuu laa.. aku jalan depan sekali.. sebab yang lain semua takut nak jalan depan.. so aku pun apa lagi mula laa langkah dengan gagahnya.. ewahh..

             mula-mula tuu x dak apa-apa lagi.. but tiba-tiba.. hihihihi~~~ dengar suara pompuan teriak.. pastu aku nampak satu makhluk serba putih,bongkok sambil pegang tongkat.. aku pun jalan.. makin dekat.. makin dekat.. tiba-tiba dia datang sebelah aku..

             "Assalamualaikum cu.. cu~~~ boleh tolong nenek cuuu~~~??"

suara dia.. perghh!!! tahap mendayu arr.. memang aku solute betul kat abang-abang tentera nie.. pandai gila berlakon.. aku pun jalan buat tak taw je laa.. tiba-tiba kawan aku lari.. pastu 'nenek tadi' pun lari jugak ligan kami.. gila betul.. pastu jalan lagi.. tiba-tiba kain putih pulak baling betul-betul kat muka aku.. yang lawaknya bukan aku yang terkejut.. kawan-kawan aku yang terkejut.. pastu tiba-tiba keluar dua orang makhluk dari semak tuu..

             "woii!! awat hmpa jalan rmai-rmai nie? hmpa tunggu kawan aih?? pecah! pecah! jalan sorang-sorang"

rupa-rupanya abang tentera tuu.. hahaha.. lawak gila.. kantoii la depa dok dekat ngan kami jaa..pastu aku pun jlan sorang-sorang.. agak-agak depan sikit aku pun berhenti tunggu kawan-kawan aku yang lain.. lepas semuanya berkumpul kmi pun jalan.. sepanjang jalan tuu macam-macam kena kacau.. kena ligan ngan pocong laa.. ada kain putih tergantung laa.. dan macam-macam lagi laa.. lepas tuu kami pun selamat sampai.. aku pun apa lagi terus tidoq ataih tanah.. ngantuk sangat.. waktu tuu dh nak dekat pukui 2 dah..

            lepas tuu dalam sejam lepaih tuu aktiviti untuk malam tuu pun tamat.. aku pun bangun la untuk beratur.. tiba-tiba aku dengar suara orang dok panggil nama aku. aku pun pi laa.. tengok-tengok kawan aku,Atiq sakit.. kaki dia terseliuh sebab lari dalam hutan tadi gara-gara takut ngan 'nenek kbayan' tadi.. aku ngan Athir pun kena teman dia gi hospital... rupa-rupanya kaki dia patah.. kesian kat dia.. moga-moga cepat sembuh ya.. lepas dah hantaq dia gi hospital kami pun balik ke kem smula..sampai ja kat kem azan subuh dan berkumandang..

      "alamak!!! masa tidoq aku.. hemm.. x pala.. redha je la.. untuk sahabat apa pun boleh.. haha"

THIRD DAY

lepas dah mandi apa smua aku pun turun.. then kami bersarapan.. lepas dah kenyang apa smua kami pun berkumpul kat dewan makan untuk ceramah ADD MATH.. tapi aku x boleh langsung tumpukan perhatian.. sebab ngantuk gila.. so sepanjang ceramah tuu aku isikan dengan mimpi saja.. hahaha.. lepas selesai kami pun berkumpul di dewan untuk perpisahan.. sedihnya.. bye-bye tentera sekalian.. kami pun balik ke asrama.. yang bestnya kami balik dengan menaiki trak.. perghh,, aku tengok muka abang-abang tentera tuu pun sedih.. haha.. poyo gila arr ayat.. haha.. tuu je laa pengalaman aku kat kem tentera.. bestnya,... i can't forget it..


with love
-S-



No comments:

Post a Comment