Saturday, 27 December 2014

Vicky n Black




Si Comel Vicky.. huhu

hari tu ayah d ada bawak balik kucing.. comey dan manja sangat.. tapi kucing tuu terlalu agresif.. takut pulak aku.. mulanya aku pun tak suka ngan kucing tuu.. tapi bila dah lama rasa selesa la pulak.. tapi yang bestnya ibu aku adalah orang yang sangat tak suka pada binatang-binatang ni.. so bila ayah d bawak balik mula la bebelannya tuu.. so setiap pagi mesti dapur akan bising dengaq ibu ngan kucing yang dah diberi nama Vicky(padahal betina) gaduh, kadang-kadang letih la jugak telinga nie dengaq,, tp bila dah lama rasa lawak pula haha.. ibu vs Vicky.. ibu yang tak suka kucing.. dan Vicky yang suka bermanja ngan orang yang tidak menyukainya.. haha.. lawak gila.. aku? malas nak masuk campur.. haha.. 

Arwah Black.

yang ni pulak adalah anak kucing yang mai menumpang tidoq rumah aku..aku bagi nama dia Black.. dia ada kembaq. tapi kembaq dia dah mati sebab sakit.. dia pulak sehat.. tapi tak lama mana pun bila suatu hari..

petang tuu dia tidoq.. tiba-tiba anak jiran aku mai. dia ni suka kucing.. bila dia tengok si Black ni tidoq,dia pun angkat.. kononnya nak main laa.. pastu tengah dia syoq2 main dia nampak kat bulu kucing tuu ada semut.lepas tuu tanpa berfikiran panjang,dia terus ambik satu timba air dan diceruknya air tuu kat muka kucing tuu.. mmng lemas laa kan.. dah banyak kali..

aku yang tengah tidoq terbangun sebab dengaq budak2 tuu dok riuh.. tngok2 Black dah nyawa2 ikan... waktu tu aku rasa sedih gila.. terus aku angkat dan letak kat atas meja. tiba2 dia muntah.. then aku pun ambik hair dryer dan mula keringkan bulu dia. next,aku bawak la dia masuk balik dalam sangkar.. pilu hati aku tengok keadaan dia.. kalau lah aku tak tidoq,mesti semua tuu takkan jadi.. 

tak lama lepas tuu dia pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.. adik aku cakap dia mati dalam keadaan mata terbuka. aku memang langsung tak sanggup nak tengok mayat dia.. banyak hari jugak la aku tak lalu nak makan nasi.. sebab teringat wajah dia.. nasib baik adik aku sempat tangkap gambaq dia.. dan tuu lah gambaq dia yang terakhir.. sedihnya.. 

bila Vicky mai aku memang tak boleh terima. sebab aku takut dia jadi macam Black. tapi lama kelamaan aku makin syang pulak.. huhu.. mungkin Vicky datang untuk ganti tempat Black.. huhu.. 


-S-

Wednesday, 17 December 2014

Rencah kehidupan

hidup di dunia.. penuh dengan suka dukanya.. bila bahagia datang menerpa,kita rasa seperti kita lah manusia paling beruntung di dunia ni.. tapi bila derita pula yang datang menjengah, kita rasa bosan dan benci untuk teruskan kehidupan.. tapi,,itulah rencah dalam kehidupan.. kalau kehidupan hanya ada bahagia pasti kita tidak akan merasa nikmat hidup di dunia. oleh itu,bersyukurlah dengan segala takdir yang datang kepada kita.. tempuhilah.. maralah.. jangan sesekalil mengalah. huhu..

with love
-S-

(actually,tak tau nak tulis apa.... haha)

Saturday, 13 December 2014

Bodyguard-Salman Khan n Karina Kapoor..


cita ni sedih gila. bawu tengok kelmarin ngan kak aku.. kisah seorang perempuan yang menyukai seorang lelaki iaitu bodyguardnya sendiri secara diam-diam. hanya mampu mengungkapkan kata cinta melalui telefon sahaja. tidak berani bersua muka. 

dia sering menelefon bodyguardnya. akhirnya bodyguardnya turut jatuh cinta padanya walaupun tidak tahu rupa wanita itu bagaimana. katanya cinta itu datang dari hati. tetapi wanita itu takut untuk mengaku secara berdepan dengan bodyguardnya kerana takut bodyguard itu meninggalkannya. akhirnya dia hanya mampu mencintainya secara diam. 

tetapi bodyguard itu telah berkhawin dengan wanita lain yang disangkanya wanita yang menelefonnya itu. sedih kan? tetapi wanita itu tetap setia menunggu bodyguardnya. akhirnya mereka hidup bahagia juga.. happy ending.. best gila.. sedih

-S-


Gaduh?

setelah bertahun aku tinggalkan alam twitter.. tak sangka sekarang aku kembali balik. haha.. hemm.. actually kelmarin aku gaduh ngan kawan baik aku sendiri yang dah hampir 4 tahun aku kawan ngan dia. aku pun tak faham kenapa jadi macam tu. tapi nak buat macam mana aku redha. aku cuba nak pulihkan balik hubungan kami ni.. ye laa sapa yang tak sayang kawan.. so aku pun mintak la advise dari orang-orang yang lebih pakar. tapi kebanyakkannya cakap, just let it go.. biarkan waktu yang pulihkannya.. agaknya berjaya tak? esok masuk dua hari aku gaduh.. macam tak sangka. sebab sebelum ni kami tak pernah gaduh. setakat bermasam muka tu ada la.. tapi tak sampainya 3 jam. tapi sekarang.. pegh!! cipta rekod baru.. dua hari kot.. isk3..

       tadi aku cuba la intai intai fb ngan twitter dia. tapi tengok dia macam ok ja. happy ja.. hemm kecewa la jugak.. padahal aku ni sampai setengah mati pikiaqkan persahabtan kami.. hemm.. tak pa la.. ikut je la rentak dia.. kita ikut advice orng-orang yang lebih berpengalaman tuu.. biarkan masa yang tentukan.. ada rezeki kawan balik// tak dak rezeki// hemm.. tak tau la macam mana.

     hermm.. SOMEBODY HELP ME!!


love,
-S-

Monday, 1 December 2014

Friendship ^_^

laman sosial nie boleh mengeratkan.. kawan yang jauh boleh di contact.. pastu boleh dapat ramai kawan dari seluruh negara. tapi kadang-kadang laman sosial ni boleh merenggangkan jugak hubungan yang dah lama terjalin. suami isteri boleh gaduh.. hubungan antara kawan rapat pun boleh jadi renggang.. macam apa yang aku rasa sekarang nie.

      aku ada 4 orang sahabat baik. kami berkawan dari tingakatan 1 sampailah sekarang. tapi sejak aku berpindah ke sekolah baru,aku rasa kelainan sikit ngan  kawan-kawan aku nie.. entahla. aku rasa jauh sangat. setiap kali kami jumpa,depa selalu habiskan masa ngan fb laa.. we chat laa.. aku rasa macam.. entahlaa.

     so aku rasa benci sangat.. makin lama aku rasa makin jauh... banyak rahsia yang depa sembunyikan dari aku.. padahal dulu semua benda kami kongsikan bersama. tak dak satu pun yang aku tak tau. pokoknya semua rahsia depa ada dalam genggaman aku. tapi sekarang..

    memang depa still jumpa aku. mai rumah aku.. smbang ngan aku.. tak pernah lupa aku.. tapi dah tak macam dulu.. dulu lain.. sekarang lain.. hemm..muingkin depa tak sedar yang depa makin jauh ngan aku..aku faham.. lagi pun, maklumlah dunia makin maju. mungkin salah aku jugak kot. kurang layan depa kaa.. sapa yang tahu kan? lagipun aku tak dak henset dok kat asrama pulak.. so wechat bagai ni aku tak aktif laa.. budak-budak laa kan aktif ngan benda alah tuu.. hemm.. tak pa.. takpa.. tunggu tahun depan.. haha.. bila aku ada henset.. siap korang.. haha

    so misi aku untuk cuti kali ni,aku nak eratkan balik hubungan aku ngan sahabat-sahabat baik aku. sebab aku sayang sangat kat depa smua.. aku dah anggap depa macam adik beradik aku sendiri. so,aku tak suka bila tengok kami makin renggang. aku akan jernihkan balik hubungan persahatan kami.. kembali macam dulu.. iyaahh.. aja aja fighting!! hahaks..

        "Fiendship is a ship that will never sank" right?

with love
-S-

Friday, 28 November 2014

Date

          Petang tadi gi stadium ngan kawan baik aku,Dayah.. huhu. best gila.. haha.. sudah la pergi dihantar oleh abang gue.. sampai ja sana kami tak tau nak buat apa. masing-masing pakat buntu.. tak tau nak pergi mana dulu. akhirnya kami hanya berjalan-jalan tanpa tujuan. aku pulak dah la pokai. memang p tangan ksong betul.. haha.. lg pun kalau bawak duit banyak pun bukannya aku tau nak beli apa. sebab aku ni bukannya kaki shopping. so just bawak duit cukup-cukup untuk makan je. haha..

         jalan punya jalan punya jalan. akhirnya kami terjumpa satu artis ni. ala yang masuk BMB tu.. kumpulan Tapaw.. apa entah nama dia. ee.. jealous jugak bila tengok depa dok tangkap gambaq ngan dia. 'Aku pun nak jugak'.. haha..

          lepas tu kami ronda-ronda sepanjang karnival.. masuk booth tu.. keluar booth ni. semua tempat kami singgah.. lepas tu kami pun gi surau untuk solat. masuk-masuk ja.. pack ngan orang.. ramai gila. lagipun surau kan stadium tu bukannya besar mana pun. hemm.. lepaih dh selesai tuu rasa lega gila. baru la boleh bernafas,, haha..

          then kami teruskan perjalanan kami meneroka seluruh karnival tu buat kali kedua. pastu sampai la kat gerai jualan novel-novel. kami pun apa lagi. memang tempat favourite. aku pun teruih la cari novel Ramlee Awang Murshid aku.. tapi tak dak. hampa gila.. ada novel cintan cintun ja. kawan aku yang Dayah tu memang suka novel jiwang-jiwang ni. so dia pun terus borong sampai dua sekaligus.. memang kaki membazir betul budak ni.. haha..

           lepaih tu kami teruskan lagi perjalanan kami.. tiba-tiba hujan turun.. habih basah..

                  "Shida! jom lari cari tempat berteduh" Dayah jerit..
                   Aku?? "Lex arr.. bukannya selalu boleh main hujan.. kalau dok kat rumah confirm kena marah ngan ibu. sini ja la kita boleh mandi hujan pun.."

so dayah pun kena join aku mandi hujan.. bukankah mandi hujan tu syoq?? ala-ala hindustan gituu.. haha.. lepaih dan basah kena hujan,,kami pun masuk la berteduh dalam satu booth ni. booth hijab stailista.. aduh.. nie yang aku lemah nie. aku bukannya suka sangat tengok orang buat belit-belit tudung bagai ni. kalau aku pakai selendang pun,aku just belit seringkas mungkin.. malas nak belit sana,belit sini.. haihh.. penat aku nak tengok..

       so aku pun apa lagi,on facebook la.. dari aku boring dok tengok depa belit tudung,,baik aku layan fb.. betul tak?? bila hujan dah reda sikit,kami pun keluar balik.. pastu tengah dok pusing sana pusing sini,kawan baik aku merangkap dormmate aku dulu kat Sekolah Teknik Alor Setar hantar mesej.. dia kata dia dok kat stadium tuu jugak.. dok jaga kedai maggie.. aku pun apa lagi.. teruih gerak p kat dia. laa.. kesian Dayah.. ikut ja langkah kaki aku ni.

        jumpa-jumpa ja aku rasa bahagia gila. almaklumlah dah lama sangat tak jumpa.. rindu gila.. kami pun janji nak keluaq... then,aku tengok dayah.. muka masam gila. budak nie bukannya cepat mesra ngan orang. so aku pun terpaksa lah minta diri,walaupun dalam hati aku,rasa cam nak borak-borak lagi lama.. tapi dah tak dak rezeki kan.. hemm..

       jalan lagi.. jalan lagi... then kami pun balik.. lagi sekali aku rempit ngan abang aku,,, haha,, best gila,,, tuu laa kenangan aku buat hari ni ngan sahabat baik aku,Dayah.. dan pertemuan aku dengan ex-dormmate aku.. satu pertemuan yang tak dijangka.. dah lama aku doa supaya dapat jumpa dia. akhirnya termakbul jugak.. huhu~~

Love
-S-

Monday, 24 November 2014

Cinta

cinta.. orang cakap indah..
cinta.. orang cakap manis..

tapi apa yang aku nampak sebaliknya..
bagi aku orang yang bercinta nie pelik..

tadi cakap rindu..bila gaduh jadi lupa
tadi cakap sayang..bila gaduh jadi benci
tadi cakap cinta..bila gaduh jadi maki..

pelik.. memang pelik..

bukankah cinta itu menerima orang yang dicintai seadanya..
kesedihannya..kesedihan kita..
kesakitannya..kesakitan kita..
dan kekecewaannya..kekecewaan kita..

jadi kenapa perlu..
kita membuatkan dia sedih???
kenpa perlu kita buat dia sakit??
dan kenapa perlu kita buat dia kecewa??

aku langsung x faham..
mungkin aku masih muda untuk mengenal apa itu erti cinta yang sebenarnya...
yaa.. mungkin..

-S-